»
»
»Cukai Hidup

Cukai Hidup

By Khaleed Tujuh

Seperti biasa,
Tersepit dengan keadaan sekeliling yang ligat berlomba2 mencapai kekayaan dan kesenangan hidup!

Tersepit dengan berbagai2 undang2 dan segala macam CUKAI!
Gaji tidak seberapa...
Perbelanjaan hidup semakin tinggi!
Yang pasti ialah, mesti bayar macam2 bill yang datang mengila setiap bulan!
Dari kiri dan kanan!

Tekanan pekerjaan semakin menyepit!
Pekerja asing sentiasa menunggu untuk mengambil alih jawatan pekerjaan kita!...
Bukankah mereka dibayar gaji lebih murah olih pihak majikan..daripada kita rakyat Singapura?
Ahhhhhh..hhhhhh!!!

Anak2 belia semakin tidak kisahkan agama mereka!
Semakin tidak kisah untuk solat!
Semakin tidak kisah tentang ibadah puasa!
Semakin tidak suka untuk beramai2 berjemaah kerana syiar agama mereka...
Yang ada pun ...bolih dikira dengan jari.

Mereka semakin tidak kisah tentang budaya agama islam mereka sendiri!
Dengan lain perkataan...sudah hilang minat dan kecenderungan hati!

Yang mereka kisah ialah...
Bagaimana bolih senang dan kaya dalam hidup!
Bagaiman bolih dapat duit yang banyak dengan cara yang cepat dan mudah!
Bagaimana bolih hidup dengan relax..!
Bagaimana bolih enjoy....hidup bersuka2 berpoya2...
Bagaimana bolih selamatkan diri sendiri dan senangkan diri sendiri!
Peduli apa dengan orang lain...asakan diri sendiri senang..!!!
Argggghhhhh!!!!

Sudah tidak ada lagi semangat zuhud!
Sudah tidak ada lagi jiwa2 yang cintakan kehidupan akhirat!
Sudah tidak ada lagi jiwa2 yang cintakan agama dan Tuhan mereka!

Yang ada hanyalah hati dan otak yang gilakan dunia yang berselindung disebalik agama dan Tuhan...penuh dengan wajah yang pandai berpura-pura!!!
Bantu kami menyebarkan artikel diatas dengan menekan tombol LIKE / Tweet / Plus 1. Terima kasih
"Cukai Hidup" was posted by: Kumpulan Puisi-Puisi Menarik blogs, under category Koleksi Puisi and permalinks http://toppuisi.blogspot.com/2008/10/cukai-hidup.html. Ratings: 1010 Votings: 97,687, , Senin, Oktober 06, 2008.

Comments :